Rabu

Ya long time no see, ha.. ha..
Sekarang susah sikit kerana sibuk dengan kerja jadi susahlah nak update perkembagan diri kat blog ni, tapi memang dah lama sangat dah tak update sekarang baru ada masa sikit, hee.. Takde banyak perubahan sangat, cuma kerja je dah berubah hehe.

Khamis

weng weng weng

Itu hari aku adalah jalan dengan kawan-kawan aku, pergi tengok wayang, masalahnya biasalah diorang ni suka sangat bawak ntah siapa-siapa orang aku tak kenal, nie niekan lagilah perempuan jadi aku kurang biasa nak hua sana, hua sini, so aku pun duk diam-diam jelah macam batu, bukan kerana aku sombong tapi haha..cuma aku segan je, aku bukan biasa sangat pun dengan orang yang baru aku kenal, kalau lelaki tu aku masih okey lagilahkan boleh tegur-tegur, ni perempuan plak tu bai, segan aku nak bertegur, sumpah aku bukan malu sebenarnya nak bercakap dengan orang-orang yang baru aku kenal cuma segan je.
Pardon me okey? huahaha bukan sombong, takda maknanya aku nak sombong dengan korang-korang ni, well you dont know me haha, abis dulu pernah sekali aku huahua macam kanak-kanak depan dua orang perempuan ni, apa lagi aku kena rejectlah abis-abis jadi sampai sekarang aku trauma haha.. dah aku tak berani dah nak hua sana hua sini takut kena reject macam orang kurang wayer kat kepala ni, baik aku duduk diam-diam, tapi janganlah korang cakap aku sombong k aku okey je cuma segan sikit je.

Rabu

Text

Selama 3tahun kita bersama,dan selama tempoh itu pula kita berpisah, aku terus usaha untuk menjauh dan terus menjauh dari kau, bukan aku tak nak bercakap atau berkawan dengan kau seperti dulu, cuma kau pun dah bersama dengan dia, sejak tu aku fikirkan lebih aku undurkan diri aku ni, ok, ok, memang semua salah aku tak pernah pun nak terus terang dengan kau, ni semua munkin ketidak pantasan aku untuk kau, aku sedar aku siapa dan kau siapa, sedang kau berjaya aku pulak hanyalah insan biasa yang tiada apa-apa pun untuk kau banggakan pada aku ni, munkin kau tidak fikir seperti itu, tapi.. bagi aku itu semua berkaitan rapat dengan kita.
Kau tak akan paham perasaan aku, dan aku pun takan bagi kau paham tentang aku ini, so maaflah aku pun terpaksa menjauh, aku lagi suka lihat kau dengan dia, dia lebih hebat dari aku bukan? dia ada semua yang mahukan, walau sakit hati aku dengan kau belum pernah hilang, tapi aku masih tetap cuba lupakan kau, tapi tulah bukan mudah nak lupakan semua yang kita jalani selama ni, kekadang perasaan itu menganggu di taip-tiap malam aku, membuat aku rasa tak keruan, sekarang boleh pulak masa-masa macam ni kau text aku tanya khabar aku. peh! lagi susahlah wey, tolonglah menjauh aku tak nak dah hal itu kembali.

Isnin

Anak

Alalalalalalalala.... Hahaha, kau tak rindu kat uncle ko ni ke?
Nama budak ni Mohd Lutfan bin Zahrin, dia ni anak kepada Toke aku dulu roslinda namanye, dari kecik tau aku jaga dia ni sampai dia terkanang-kenang kat aku.

ingat pulak bila pacik dukung kau main-main tepi longkang, slipar pacik pulak time tu tapak dia dah takde sangat bunga, pastu main pulak tepi longkang licin tu, kau dua-dua sekali jatuh dalam longkang tu,yang pacik ni takpelah boleh lagi cover macho time tu. Jatuh tu! malu woo! kau je menangis nangis, nasib baiklah tak apa-apa dan nasib baik kau tak pandai sangat bercakap lagi, yang kau tahu No no no, akan-akan 'Makan', awal-awal 'Syawal', pangil nama ibu kau pun abu, untunglah kau pun tak pandai bercakap lagi, kalau tak mesti sibuk mengadu dengan mak kau, yang kau dengan pacik jatuh longkang.
Kalau time tu kau dah pandai cakap tak ke end pacik haha..
Dah lama pacik tak jumpa kau, rindu pulak, lepak sama-sama dengan pacik kau yang bernama ipin tu, peragai dia pun dah serupa macam ayapin dah haha, kesian kau kena buli je dengan pacik ipin ye,maaflah pacik pun join dia sekali buli kau wuahaha, sekarang dia dah takde kat sini dah, dia dah pergi singapore, kerja katanya, nak keluar kereta lamborghini haha.. kaya pacik ko tu, pacik kau yang seorang ni je yang miskin, rindulah pergi makan dengan kau kat ZZ pastu pacik abiskan air dengan makanan kaukan..? haha padan muka, bestlah time mandikan kau, pakaikan kau baju, pampers, mak ko tu asik suruh pacik je buat semua tu dengan rela dan terpaksa pacik buatlah wakhal pacik kerja jadi tukang masak je time tu ada ke patut dia suruh pacik jaga kau, dia ingat pacik bibik ke? takpelah pacik tak kesah sebenarnya pun, kira-kira pengalamanlah untuk pacik nanti, wey pacik muda lagi tau umur baru 20tahun..

Yuki nagato

Omg you look she? he names is Yuki Nagato from anime Character, Melancholy Of Suzumiya Haruhi
he realy looks pretty, cutety, mysterious, simple, smart, cool, dan juga macam tiada perasaan :D
Look she when he protecting kyon from asakura attack, see he face? macam tiada apa-apa je yang berlakukan.
I like this character xoxo! Huahahaha!

Puisi

Dan sebenarnya.. aku lagi suka ceritakan kisah-kisah aku macam puisi atau pun syair, tapi tulah aku pun tak berapa tahu sangat pasal benda-benda puisi ni atau pun tentangnya, itu pun aku masih belajar lagi, kelebihan puisi ini bagi aku sangat mendalam yelah kekadang jalan kehidupan ini susah untuk ditulis dengan kata-kata biasa, seperti itu jugalah puisi ni, susah nak digambarkan.
Kekadang dia seperti angin walau mata tak boleh melihatnya tapi kita dapat merasakannya, begitu juga dengan puisi munkin sesetengah orang tak paham maksud dari puitis-puitis ni, tapi dapat mendengarnya walau tak berapa paham akannya, begitu jugalah dengan jalan kehidupan ini susah dituliskan, kadang kita diatas dan kadang pulak kita berada dibawahnya. Tapi tulah yang dinamakan kehidupan walau hanya mampu merancang tapi tak semestinya akan menjadi keyataan.
Jaman sekarang susah nak cari remaja-remaja yang minat puisi ni, kalau ada hanya disekolah sahaja jelah setahu aku.
Puisi.. ntahlah, tapi memang susah bagi aku untuk cerita tentang diri ini kalau hanya menulis benda-benda kosong sahaja, tapi kalau guna ayat-ayat puisi ini senang unutuk digunakan, aku hanya melihat sabjet yang ingin aku tulis atau pun orang disekeliling aku, "contohnya puisi untuk ayah" hey dekau yang duduk disana bersendirian meratapi jaman kegemilagan kau, menhayati masa lalu yang semua orang pernah alaminya, jangan kau runsingkan hal itu kerana itu sudah pun berlalu dan fikirlah apa yang akan terjadi kini bukan hari-hari yang dulu kau runsingi, aku yang disini ingin berterima kasih atas pergorbananmu dan penat lelahmu yang susah untukku jelasi dengan uang ringgit mahu pun benda-benda yang bisa ku beriki kepadamu, usahamu membuatku sedih walau hanya mampu menangisi, walau titik peluh berjatuhan bagai air hujan di awan-awanan enkau tetap berusaha agar terus dan terus berkerja demi masa depan anakmu istrimu yang tercinta" contahnya macam diataslah, tapi kekadang dalam sesuatu "maksud contohnya ( Jelasi ). seperti ada berberapa maksud yang aku tahu, seperti "menyelesaikan" dan juga "tak dapat digambarkan".
Kekadang puisi ini ianya senang untuk direka, tapi tergantung pada kepada siapa yang mendengar dan menhayati sebuah puisi itu sendiri seperti aku kata ada sesetengah dari kita tak paham akan artinya tapi ianya mampu mendengar sahaja so susah sikitlah kalau orang yang tak paham akannya. 

Whitechapel - Breeding Violence


               
Aku sebenarnya suka-suka je dengar lagu macam ni, tapi kali ni aku present lagu ni untuk anyone yang suka sangat f@#$ kehidupan ini terimalah lagu dari Whitechapel- "breeding violence" sebuah lagu produksi Metalblade records, yang yang boleh tahan bestlah, kalau nak tahu maksud dari lagu ni searchlah dimana-mana.                          

Dosa

Penat lelah bertakwa setiap hari, masih tidak mampu untuk aku menjadi seorang yang baik. Baik dari
dalam mahu pun luaran. Pahala yang aku kumpul selama ini berterabur bagai Rantai Mutiara yang terputus talinya,aku masih tetap berusaha untuk tidak kembali ke lubuk dosa itu. Masih cuba dengan sepenuh jiwa untuk kembali ke asal semula.. bagaikan dedaunan yang tebuh dan tak tahu apa apa, bagaikan bayi yang baru melihat dunia lantas berfikir dimanakah dia, tapi setiap usaha yang aku jalankan untuk memperbaiki diri masih lagi terkandas bak station ketapi yang tidak ada lagi penumpang yang menanti. Titisan air mata aku tidak mampu lagi keluar dari bola mata ini kerana habis menangisi sesuata yang belum pasti! Dan ternyatah membuat dosa itu lagi mudah dari membuat pahala dan ternyata lagi mudah dicari dan digunai, bukan hanya satu nama... yang terlintas dikepala bukan hanya seribu cerita yang mengisah akan tentang dosa-dosa tersebut, masih lagi dan masih lagi tersembunyi, biar hanya melihat, sangkin hebatnya dia terus masuk dan terus menaklukan fikiranku, aku hanya mampu tergagam tapi masih cuba melawan dan siap berlawan, tapi bagai sebuah takdir itu aku tetap kalah walau hanya berjuang hanya sementara, aku. terus menerus menjadi terbaik dan mencari dan mengali ilmu agar dapatku kalah walau hanya segunpal dosa dan terus mengejar pahala walau hanya setitis noda noda di baju, demi untuk menunjukan kesetianku padamu tapi apakan daya aku hanya sebutir pasir di lautan dan pasti akan terbawak dekobak juga, aku tak pernah menyalahimu wahai tuhanku dan aku tidak pernah salahkan sesiapa tentang kelemah diriku aku hanya mampu berharap agar aku sentiasa dan bisa dan mencoba untuk mengalah dosa dalam tubuhku jadi maafkanlah daku.